CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 29, 2011

Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

Salam satu dunia :P


post neh aku buat untuk perempuan-2 diluar sane yg tidak thu adakah pasangan mereka
itu merajuk ataupun tidakk. Benda neh pun aku ciplak kt satu belogg :D
aku ciplak pun untuk pengetahuan korg jugak an. hehe :)
Lelaki juge manusia biase & kadang-2 mempunyai rase untuk merajuk.
buruk rupenye kalau lelaki merajuk neh :P , kerana tidakk sesuai dengan jiwe
lelaki yg dikenali sgt kental.


Diam Seribu Bahase
Dia diam aje sepanjang bersame dgn kite. Walaupun kite berckp dengannye,
dia hanye mengiyakan atau dia menganggukkan kepalenye aje. Dia sikit pun
tak layan kite mcm sebelum neh. Jika ini berlaku, sah lhaa yg 
si dia tuh merajuk dengan kite.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kite. Jika kite minx tlg dengan dia spt tlg kemaskan
meja ke, dia buat acuh tak acuh saje. Paling teruk, dia akan buat-2 tak dengar
(pekak betul-2 bru tahu!) Ini cara protes yg paling teruk sebab dia bukan je buat kite 
geram tapi buat seolah-2 yg kite neh tak wujud langsung --'


Menolak Untuk Makan Bersame
Bila lelaki merajuk biasenye dia tak nak jumpe kite atau 
face to face dengan kite. Dia akan bgy alasan spt "awak mkan lhaa dulu, saye kenyang
lagi lhaa, lagipun saye da mkan dengan member tadi"
(walhal perut lapar.. nak uji dorang, kite dok jew dorang smbil mkan) :P


Masam Muke
Tindakan yg neh ialah tindakan yg paling kite geram. Dah lhaa taknak ckp
dengan kite dah tuh nak tarek-2 muke pulak. Tak puas hati lhaa konon.
Tapi adat lhaa kalau org dah merajuk. Perempuan pun ape kurangnye.
same je! :D (amek hanger, gantung kt muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab neh memg tabiat org lelaki. Tapi kalau surat habar tuh dibace
byk kali tnpe sebab, maknenye jiwenye tak tenteram & ade
sesuatu yg mengganggu fikiran dia. Lagi-2 pulak kalau di tengah-2 mlm bute.


Menonton Televisyen Hingge Lewat Malam
Dia akan tgk TV tuh smpai larut mlm walaupun rancangan tuh bukan
rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.
Kite kena peka beb!


Keluar Rumah Tak Bagitahu
Ade lelaki yg tidakk akn bgth mane dia pergi. Nak protes lhaa tuh
kononnye :P tapi kite jangan pkse dia untuk jwab
pertanyaan kite confirm-2 dia akn buat dek jek.


Matikan Telefon Bimbit
Huh! neh satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suke diganggu bile perasaannye
tengah marah. Untuk mengelakkan kite mengganggu dia, dia akn matikan telefon
bimbitnye & beri alasan yg baterinye hp nye mati.
Alasan dia satu aje, dia tak mahu dengar suara kite takut perasaan marahnye
lagi kuat. Alahh, bile da rindu, last-2 call jugak. Ego kuat sgt! :P


Hisap Rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun =='




P/S : ingat ye. benda neh aku ciplak jew, tapi sume neh untuk korg gak :D pape pun, selamat membace. Renung-2kan & selamat beramal ! :)


iloveyou <3
-END OF STORY-

Saturday, May 28, 2011

Tabiat Makan Lewat Malam- Banyak Lemak Berkumpul

salam satu dunia :P



Jam sudah berganjak ke jam 11.30 malam, tetapi anda masih mempunyai keinginan untuk makan. Bagai terpandang-pandang hidangan yang ada di atas meja makan.

Tidak dapat yang ‘berat’, makanan yang ringan seperti keropok atau kerepek pun jadilah. Lebih enak kalau hidangan lewat malam itu dilengkapi secawan kopi panas.

Adakah perasaan ini yang anda alami setiap malam? Jika ya, anda bukan bersendirian kerana ramai yang ada masalah sedemikian.

Malah, ada yang sanggup keluar tengah malam semata-mata mahu makan nasi lemak panas, walaupun waktu itu sepatutnya mereka di bilik tidur.

Gejala makan lewat malam seolah-olah menjadi budaya masyarakat kita. Ramai tahu makan pada lewat malam boleh menyebabkan kegemukan, tetapi ia bukan penghalang. Ramai berfikir, sekali sekala apa salahnya dan kita tidak akan menjadi gemuk dengan sekali makan.

Memang benar. Kita tidak akan gemuk semalaman, tetapi jika keinginan makan pada lewat malam tidak dibendung, ia boleh menjadi ‘budaya’ yang sukar ditinggalkan.

Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan sakit jantung.

Malah, anda juga akan kehilangan bentuk badan menawan tanpa disedari (kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).

Untuk menurunkan berat badan pula bukan mudah, khususnya bagi individu berusia 30 tahun ke atas.

Bagi lelaki, pengumpulan lemak di bahagian pinggang boleh meningkatkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan kerana di sinilah terletaknya banyak organ penting. Kehadiran lemak viseral (pada organ) menjejaskan kebolehan organ untuk berfungsi dengan sempurna.

Ketua Perunding Diet Pusat Perubatan Sunway, Teng Yu Yuet, berkata beberapa faktor boleh menyumbang kepada tabiat suka makan lewat malam, iaitu:

# Orang yang makan bila ada masa — Ini disebabkan kesibukan kerja (kerja dalam tempoh yang panjang), pekerjaan mengambil masa lama untuk disiapkan atau lambat balik ke rumah.

# Orang yang makan atas pengaruh emosi — Bagi individu ini, mereka akan makan tidak kira masa, termasuk sejurus sebelum tidur. Bukan kerana lapar, tetapi atas desakan emosi yang sentiasa berasakan mereka lapar.

Selain itu, seseorang juga mungkin mempunyai keinginan kuat untuk makan apabila tertekan seperti mengalami masalah cinta, perkahwinan atau bosan.

# Tabiat suka makan makanan ringan pada tengah malam — Ini termasuk aktiviti sosial (parti, berjumpa kawan atau rakan niaga), menonton televisyen beramai-ramai, sama ada di gerai atau rumah, atau bersembang dengan ahli keluarga di meja makan sebelum masuk tidur.

# Orang yang berdiet — Biasanya keinginan untuk makan pada tengah malam menjadi semakin tinggi di kalangan individu yang mahu menguruskan badan.

Malah, budaya kita yang mesti menyediakan makanan untuk sesuatu acara juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Memang tidak lengkap rasanya jika sesuatu pertemuan tidak disertai dengan aktiviti makan-minum. Ia tidak salah, tetapi lebih baik jika makanan dihidangkan awal.

“Dalam keadaan gembira, kita tidak sedar makan berlebihan. Pengambilan berlebihan kalori menyebabkan penambahan berat badan, tambahan pula aktiviti fizikal dan kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam.

“Keadaan menjadi lebih buruk di kalangan individu yang menghidap penyakit, walaupun pesakit kencing manis mungkin memerlukan snek ringan sebelum tidur bagi mengelak masalah hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah). Bagaimanapun, ini bukan bermakna mereka boleh makan sepuas hati kerana ia boleh menjejaskan kawalan paras gula darah dan merangsang peningkatan simpanan lemak di badan,” katanya.

Adakah makan lewat makan turut memberi kesan pada kanak-kanak? Ya, kanak-kanak dan remaja akan menerima kesan sama seperti orang dewasa.

Justeru, ibu bapa perlu menanamkan tabiat makan secara bersederhana, mempunyai jadual makan yang teratur dan elak makan sebelum tidur.

Selain itu, tabiat makan pada lewat malam boleh menyebabkan kita sukar tidur. Maknanya, waktu tidur kita akan dilewatkan hinggalah kita berasa selesa.

Namun, ada juga kajian menunjukkan tabiat makan pada lewat malam banyak berlaku pada individu yang mengalami masalah insomnia (sukar tidur).

Sindrom makan lewat malam juga dikaitkan dengan tekanan dan kemurungan.

Tekanan dan kemurungan membuatkan seseorang sukar melelapkan mata dan sebagai langkah untuk menenangkan fikiran, individu ini mengalihkan perhatian kepada makanan tanpa menyedari tindakan ini memberi lebih banyak masalah di kemudian hari.

Bagaimana makan lewat malam boleh menyebabkan kita menjadi gemuk? Apabila kita makan, badan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga. Bagaimanapun, sensitiviti insulin ini berkurang ketika kita tidur.

Jadi jika makan sebelum tidur, tenaga yang diperoleh daripadanya kurang digunakan dan sukar dibakar. Sumber tenaga yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Jika tabiat ini berterusan, lama kelamaan simpanan lemak bertambah dan berat badan meningkat.

Sebenarnya, boleh dikatakan semua orang tahu makan lewat malam boleh menyebabkan kita gemuk, tetapi tabiat ini sukar dihentikan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini, iaitu:

# Makan malam awal. Walaupun anda sibuk atau masih di tempat kerja, luangkan masa untuk makan malam tepat pada waktunya (jam tujuh atau lapan malam).

Ada juga hadis menyarankan kita makan sebelum waktu Maghrib dan saranan ini ada rahsia di sebaliknya.

Jika kita makan sebelum jam tujuh malam, badan mempunyai waktu yang cukup antara tiga hingga empat jam untuk menggunakan tenaga daripada makanan sebelum kita tidur. Jadi, kita terhindar daripada masalah penambahan berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan dengannya.

# Jika anda ada keinginan untuk makan pada tengah malam, cuba minum dua cawan air atau satu gelas minuman panas rendah kalori seperti teh herba tanpa gula atau susu suam yang boleh mententeramkan perasaan serta mengurangkan keinginan makan.

# Untuk individu yang cuba mengurangkan berat badan, mereka dinasihatkan makan mengikut jadual, tetapi pada kuantiti kecil. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa lapar pada tengah malam adalah normal dan anda tidak perlu ‘mengisi’ keinginan untuk makan. Lagi pula, makan pada tengah malam hanya merosakkan program diet anda.

# Jangan simpan banyak makanan ringan di rumah, terutama yang boleh dinikmati sambil menonton televisyen. Pada masa sama kurangkan masa menonton televisyen, sebaliknya alihkan perhatian pada aktiviti atau hobi, sama ada membaca, menulis, mencuba permainan yang mencabar minda seperti teka silang kata atau sudoku mahupun bermain catur bersama ahli keluarga. Iklan di televisyen secara tidak sedar merangsang keinginan anda untuk makan.

# Langkah paling senang ialah berus gigi sejurus selepas makan malam.

# Senaraikan makanan yang anda ambil sepanjang hari. Cara ini membolehkan anda melihat kuantiti kalori secara kasar yang masuk ke dalam badan dan bandingkan pula dengan aktiviti fizikal.

“Cara terbaik untuk mengelak terjebak dalam sindrom makan lewat malam ialah mengamalkan gaya makanan sihat, iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam secara teratur.

“Banyakkan minum air kerana kadangkala kita silap mentafsir keperluan badan untuk air dengan makanan. Cara ini bukan saja membekalkan cukup cecair pada badan, tetapi mampu mengelak masalah kegemukan,” katanya. 

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

ilebiuu <3

Friday, May 27, 2011

Aishiteru :')

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


p/s : ade sebab aku letak lirik lagu neh dlm belogg aku neh.. sume sbab ex boy aku.. SHAFIQ ISMAIL.. :( 

:))

salam satu dunia :D
Today i'm very-2

 HAPPY :)

just this i want shared for 
today :D
happy coz hang out with

AHMAD SYAHARIEF B. ROZLAN 

thnx dear :')

-END OF STORY-

Thursday, May 26, 2011

takku sangke takku duge

salam satu dunia & selamat petang :(


kali neh aku nak ckp pasal 'diaorang' pulak.. aku dah tak larat
lhaa mcm neh.. aku tak sangke korg mcm neh an..
ape salah 'kami' smpai 'korg' buat mcm neh??
kalau betul ade slah or tak puas hati..,jumpe jew lhaa 'kami' & cakap..
jgn riso. 'kami' tak mkan org -..- (suda lari topik) abaikan !!


kalau tak suke, ckap lhaa. jgn lhaa berlakon buat-2 yg anda suke akn 'kami' :D
tak baek tau.. :) Tuhan marah, saye lagy marah. haha :D
pape pun harap 'korg' blh terime 'kami' sebaeknye.
tak mahu lhaa brmusuh sesama manusia neh..
sesama binatang tape == disebabkan 'korg' manusia, 'kami' tak nak lhaa brmusuh.
harap 'korg' faham keyh.


sebenarnye, 'kami' da bosan lhaa asyek-2 crite bende yg same tiap
kali adw mase trluang.. tak larat suda.
hurm.., neh jela kodd yang aku nak kongsi dgn anda-2 yg diluar sane.
laen hari tajuk laen pulak keyh.


p/s : kepada sesiape yg trase, saye minx maaf. sesungguhnye saye tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiape. saye hanye brkate tntg kebenaran & kesahihan sesuatu perkare. berkawan lhaa slagy kite maseh mampu, dan slagy kite maseh hidup, jage lhaa perasaan sahabat kite spt mane kite menjage perasaan org tua kite :) sekian...




 -END OF STORY-

Wednesday, May 25, 2011

puas hati :D

salam satu dunia :P


cube tengok title post kali neh. agak-2 kenape?
ape yang puas hatinye??


sebenarnye, aku suda berpuas hati kerana :
'dapat and suda rety edit belogg neh' :D
haha.. shengall an??XD
whatever lhaa. asalkan aku tk kacau hidup korang-2 yang
di luar sane..


and aku nak ucapkan thnx kpd AINI KIRANA kerana pernah
menolong aku dlu. wlaupun sikit --'
btw thnx sgt-2 keyh :D


                                       -END OF STORY-

Saturday, May 21, 2011

khas untuk awak seorang :))

salam satu Malaysia xD


post kali neh aku buat khas untuk ex aku muhd nor shafiq b. ismail (harap ejaan nama betul) :P you're my first love !! i can't forgetted you until die ! :(
aku tahu, kite putus pun sebab masing-2 dgn ego masing-2 an ..
aku minta maaf keyh .. hurm, byk kenangan kite selame kite bersame an ..
hurm ,,,


3 tahun(020611) iela trbelenggu  dengan brjarak dinding yg sangt jauh,
teringat dirimu yg selalu ku rindu, demi mahligai yg sederhana iela tempuh
jalan yg tak berarah, rasa hati iela betape sunyinya hidup dlm keseorangan..
jauh dari fiQ, kaseh yg iela sayang..beratnya beban iela derite tanpa fiQ..
maafkn kaseh,bukannye iela tak setia mendampingimu untk hidup bersama,
sungguh iela tak sengaje tuk kcewakn fiQ dulu..dirimu sayang, aku cinta buat selamanya.. <3


telah iela terime tkdir dari yg Esa, hati ini tertusuk sembilu pedih,
dia(syed) telah pun tinggalkn iela..
iela bdoh..sebab mnduakn cnta fiQ dulu an..-_____-
tgok sekarang, terlerai suda ikatan cnta kteorg..
baru iela sedari, dari dulu smpai skrg, iela memg tk layak untk dpat
kaseh sayang dari fiQ,,
tapi dlm hal neh pun, bukn iela sorg yg slah an..kite dua same-2 salah ..
detik-2 kenangan kite maseh segar untk dibuat pedoman..
selamat sejahtera buat kamu fiQ,,semoge fiQ brbahagia tnpa iela keyh..
memg bhagia pn an ? an an an ? -..-
okey , abaikan !
tapi please !! izinkan slamenye nme fiQ dihati iela n biarkn iela mcm neh..


suda lumrahnya manusia tak lepas dari kesilapan,, maafkan iela..
detik-2 kenangan kite, jadikanlah pengajaran !




p/s: fiQ , iela mohon , jgnlah bgy harapan kosong kt iela .. kalau btul fiQ maseh sygkn iela, tlg jgn buat iela mcm neh !! tlg jgn buat iela trseksa lgy ..
iela sygkan fiQ lgy .. tpy tlg keyh , jgn buat iela mcm neh .. iela memg nak kite brsame 
semula mcm dulu , tpy iela tak rase yg fiQ nk jugak an .. mcm mustahil jew .
hurm , pape pun i'm still love you , and forgive me .. 



Saturday, May 7, 2011

Qualities in a friend are impotant ..

The day we learn to talk and socialise is the day
we start making friends .. As we grow up ,
we discover that there are many types of friends ..
Some are more of an acquantaince
and a select few are confidantes ..
To me , the word 'friend' is sacred .. It means more
than just a companion who goes for movies
and have laughs over nothing with ..
A friend is someone I can turn to when I am down and
will always stand by my side through thick 
and thin .. What qualities do I look
for in a friend ??

Firstly , my friend should always be caring ..
This means taking an interest in my problems no
matter how big or petty they are ..
A friend gives me encouragement even when everyone else
is againts me ..
Many people say they are friends , but 
most of them run away the minute I am not cheerful or funny ..
A real frien sticks by me no matter what mood
or predicament I am in ..
After all , isn't friendship about accepting
ang liking people for who and what they are ??

Apart from that , a friend should be honest ..
This quality is crucial to me , coz honesty builds trust ..
An honest friend will dissipate any worries
that he or she is lying to me ..
I must be able to trust the person with my secret ..
Apart from that , sometimes I need
an honest opinion about myself or an issue .. If a friend is honest ,
I can trust that his or her opinion is not biased ..
This is very imporant to me , coz although the truth
may hurt it will help me improve ..
Only an honest friend will be able to do that ..

Besides that , a friend must also
be able to share the same humour with me ..
humour plays a quintessential role in making your day
more lively and enjoyable ..
Friends who can joke and laugh over
similar things make life so much more fun :)
As they say , laughter is the best medicine and a little levity
on rainy days is always welcomed ..

I welcome everyone as my friend .
However , I look for certain qualities which
would make him or her a meaningful friend and someone I can count on ..
Among them would be honesty , a warm heart
and the ability to share 
and participate in the same humour ..